Burung-burung berkicauan di udara. Angin sepoi-sepoi bahasa. Ya Allah, indah sungguh lukisan ciptaan-Mu ini. Tenang dan damai rasa di hati. Hilang segala masalah bila dapat menikmati panorama indah macam ni. Selalu aku sibuk dengan kerja, kerja dan kerja.
"Kring...kring....kring..." Nada telefon bimbit berbunyi.
"Sape pulak yang gangu ketenangan aku ni?" Malas betul aku nak jawab.
"Hello."
"Wei Kira kau sembunyi kat mana? Dah berapa hari kau hilang. Tak tahu jalan balik ke?" Marah sungguh Tasha dengan aku.
"Assalamualaikum. Cantik sungguh budu bahasa kau ye Tasha? Kalau nak serbu aku pon, bagilah salam dulu." Balas Kira.
"Hihihi. Sory lah, aku geram sangat dengan kau. Sebab tulah lupa nak bagi salam."
"Urmm. Ada apa kau call aku nie? Aku kat sini ok. Tak payah risaulah. Bila hati aku dah sihat, aku balik." Jelas Kira agar Tasha memahami perasaannya sekarang.
"Ye. Aku faham perasaan kau tu. Tapi aku dah letih mengadap muka anak bos setiap kali dia tanya kau kat mana. Lainlah kalau kau bayar gaji aku jadi tukang menjawab semua solan dia tu. Kira, kau baliklah. Aku rindu tahu kat kau. Kau tak kesian kat aku ke?"
"Yelah tu kau rindu kat aku. Hmmm, apa lagi yang dia nak cari aku? Kau cakap dengan anak bos, aku bukan orang gaji dia lagi. Aku dah letak jawatan, nanti aku hantar surat letak jawatan tu ok. Seronok pulak aku kat sini. Rasa tak nak balik. Tasha, nanti aku balik ok. Don't worry about me. Assalamualaikum." Kira cepat-cepat letak telefon, malas nak mendengar bebelan Tasha. Sakit telinganya.
-----------------------------
"Kira! Tolong masuk bilik aku sekarang!"
"Ish. Dia ingat aku ni pekak ke apa? Tak payah la nak jerit-jerit. Ofis ni bukan besar mana pun." Bebel Kira seorang diri.
"Tuk...tuk...."
"Masuk."
"Ada apa En. Adam panggil saya?"
"Aku bos kat sini, suka hati akulah nak panggil kau bila-bila masa aku suka."
Fuhh! menyakitkan hati betul aku dengan mamat sorang ni. Mentang-mentanglah kau anak bos.
"Urmm. Ada apa yang bole saya tolong?" Malas Kira nak bertekak.
"Nah! Aku nak kau buat semula proposal nie. Proposal apa yang kau buat ni? Kau ingat proposal ni boleh lulus dengan senang? Aku nak kau hantar sebelum kau balik."
"Maaf En. Adam, saya rasa ni dah 5 kali saya buat semula proposal ni. Apa masalahnya lagi? Sebelum ni Dato' suka dengan semua kerja-kerja saya. Saya...." Belum sempat Kira habis cakap, En. Adam terus cross line.
"Kalau aku suruh kau buat tu, kau buat ajelah. Jangan banyak soal. Atau kau aku pecat kau?" Ugut En. Adam.
Amboi! Main ugut-ugut pulak ye.
"Baiklah En. Adam. Saya akan buat sampai Encik puas hati." Kira sudah malas nak melayan karenah anak bosnya yang satu ini. Ada-ada saja yang tak kena. Cerewet mengalahkan perempuan.
Adam tersenyum. Memang itu niatnya, sengaja nak memanaskan hati Kira. Sejak mula bekerja di syarikat papanya, Adam tidak senang dengan Kira. Adam sendiri tidak tahu kenapa. Sebelum ini tidak penah dia rasa begitu. Pelik benar perasaanya.
---------------------------------
"Ya Allah. Sabar jelah aku dengan anak bos yang sorang ni! Kenapa asyik aku je yang kena?" Rungut Kira.
"Woi Kira. Kau ni tak reti-reti nak pergi makan ke? Lunch our pun dah lepas. Rajin sungguh kau keja." Terjah Tasha secara tiba-tiba.
"Rajin kepala hotak kau! Ni bukan rajin namanya taw. Ni terpaksa dan dipaksa. Kau taw, anak bos tu saja nak cari pasal dengan aku. Ni dah kali ke-6 dia suruh aku betulkan proposal Projek Megah Holding ni. Naik bengang aku dengan dia tu. Apa yang tak kena dengan proposal ni. Dah banyak kali aku check. Ok je." Rungut Kira. Hanya Tasha saja yang faham perasaan sejak En. Adam masuk bekerja di Syarikat papanya.
"Wait a minute. Proposal tu kan dah diluluskan oleh Dato sendiri? Kenapa kau kena betulkan semula? Aku tak fahamlah apa yang kau cakap ni Kira." Tasha mula rasa ada yang tidak kena.
"What? Dari mana kau dengar proposal tu dah diluluskan?" Hati Kira semakin panas. Dia mesti mencari kepastian.
"Minggu lepas Dato' panggil En. Adam sebelum dia betolak ke Indonesia. Aku ada masa tu. Dato' cakap dia suka dengan proposal yang kau buat tu. Dato’ minta En. Adam sampaikan kat kau sendiri berita tu. Lepas keluar dari bilik Dato', En. Adam suruh aku rahsiakan hal ni. Dia kata dia sendiri akan cakap dengan kau nanti. Konon-konon nak buat supriselah tu." Panjang lebar penjelasan Tasha pada Kira.
Sakitnya hati Kira hanya Tuhan yang tahu.
"Suprise apanya Tasha? Sampai sekarang aku tak tahu yang proposal aku tu dah diluluskan. Kau tengoklah ni, dia suruh aku betulkan proposal tu lagi. Padahal Dato' dah luluskan. Sakitnya hati aku Tasha!" Kira sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia cuba menahan air matanya dari jatuh.
"Kira, kau sabar jelah ye. Kalau aku tahu akan jadi macam ni aku akan bagi tahu kau pasal proposal tu. Geram jugak aku bila En. Adam buat kau macam ni." Komen Tasha.
“Tasha, sejak dia datang tak pernah dia layan aku dengan baik. Teruk sangat ke aku ni? Apa salah yang aku dah buat? Ni bukan kali pertama, dah banyak kali dia buat aku macam ni. Ada saja yang tak kena.”
“Entahlah Kira. Aku no komen.”
"Aku dah tak boleh sabar lagi Tasha. Aku nak face to face dengan dia." Kira terus bangun dan melangkah ke bilik En. Adam.
"Kira. Kira. Sabar dulu." Pujuk Tasha.
"Sudahlah Tasha. Kalau tadi dia ugut nak pecat aku, sekarang biar aku sendiri yang letak jawatan. Maybe dia akan puas hati bila aku letak jawatan." Balas Kira Kasar.
Tasha sudah tidak mampu untuk menghalang Kira. Dia faham perasaan Kira. Kira seorang yang sabar, tapi tahap kesabarannya juga ada batas.
-------------------------------
Bum!
Pintu bilik En. Adam dihempas kuat oleh Kira.
"Sapa suruh kau masuk bilik aku? Dah la tak ketuk pintu!" Marah Adam.
"Adam! Aku tak tahu kenapa kau marah sangat dengan aku. Hei, kau buat aku macam orang bodoh, kau suruh aku betulkan balik proposal yang Dato' dah diluluskan. Aku buat kerja yang sia-sia selama ni. Kau dah puas ketawakan aku?" Kira tidak dapat mengawal perasaanya lagi, dia perlu mengajar Adam. Dia bukan bahan untuk dijadikan mainan.
"Eh Kira apa yang kau cakap ni?" Balas Adam. Dia sengaja buat-buat tidak faham.
"Sudahlah! tak payah kau nak berlakon lagi Adam. Aku hormatkan kau sebagai majikan. Tapi kau dah melampau Adam. Aku sedar aku ni orang miskin yang hanya kerja makan gaji kat syarikat papa kau ni. Kalau kau tak suka aku kerja kat sini cakap jelah. Aku boleh letak jawatan sekarang jugak! Puas hati kau!" Bentak Kira. Dia sudah lupa Adam adalah bosnya.
"Kira. Aku....." Adam tidak mampu berkata apa-apa. Marah sungguh Kira padanya.
"Aku letak jawatan! Itu yang kau nak kan?" Kira terus keluar dari bilik Adam. Dia berusaha menahan airmatanya dari jatuh di depan Adam.
"Kira tunggu! Aku tak maksudkan macam tu." Adam cuba mengejar Kira, tapi Tasha sempat menghalang.
"Sudahlah En. Adam. Saya lebih kenal Kira. Dia dah hilang sabar dengan En. Adam. Saya sendiri pun tak faham, kenapa En. Adam benci sangat dengan Kira. Hmmm, bila Dato' balik nanti, pandai-pandailah En. Adam explain kat Dato' ye." Bebel Tasha. Dia simpati pada Kira. Apalah salah sahabatnya itu. Dia pun tak pasti.
Adam termanggu seketika. Baru dia sedar tahap kesabaran manusia juga ada batasnya. Dia tidak pernah menyangka Kira akan marah begitu sekali padanya. Nasi sudah menjadi bubur.
-------------------------------
Hati Kira semakin sakit bila mengingat kembali pergaduhannya dengan Adam. Perkara itu jugalah yang membawa dirinya ke kampung. Emak dan abah terkejut bila Kira tiba-tiba pulang. Kira belum berniat untuk memberitahu orang tuanya tentang perletakan jawatannya itu. Biarlah dulu, aku akan berusaha mencari kerja baru nanti.
"Urmmm. Buang masa aku aje pikir pasal mamat tu. Baik aku tidur lagi bagus."
-------------------------------
Adam masih rasa bersalah pada Kira. Sudah macam-macam cara dia cuba untuk meminta maaf dari Kira. Sejak hari tu, Kira tidak pernah menjawab panggilannya. Pernah juga dia bertanya kepada Tasha, tapi jawapannya menghampakan. Tasha sendri pun tidak tahu kemana Kira pergi.
"Adam. Boleh papa masuk?"
"Masuklah pa."
"Adam tengah pikir apa? Pasal Kira?"
"Adam minta maaf pa. Sebab sikap Adam, papa kehilangan seorang pekerja yang baik macam Kira tu." Adam rasa bersalah dengan perbuatannya.
"Papa tak salahkan Adam. Dan papa juga tak salahkan Kira. Papa hanya risaukan satu saja Adam." Dato' Majid cuba menasihatkan Adam. Harapanya Adam akan berubah satu hari nanti.
"Risaukan apa papa?" Soal Adam.
"Papa risau kalau Adam terus bersikap macam ni, sampai tua nanti Adam tak kawin. Mana ada perempuan yang tahan dengan sikap Adam tu. Papa tengok Adam tak berubah, tak pernah layan perempuan dengan baik."
"Entahlah, Adam sendiri pun tak faham pa. Adam rasa semua peruampuan kat luar tu hanya menyakitkan hati aje."
"Tapi, dengan mama Adam layan ok je papa tengok."
"Mama tu lain pa, mama kan mama Adam."
"Apa yang lainnya Adam? Mama juga seorang perempuan. Papa rasa tak salah kalau Adam layan Kira macam Adam layan mama. Dia kan perempuan, hatinya lembut dan mudah terguris."
Dato' Majid keluar dari bilik anaknya. Biarlah Adam sendiri buat keputusan. Dia sudah berusaha menasihati Adam. Terpulang kepada Adam sendiri.
Sejak dari remaja lagi Adam begitu. Tak ada kawan perempuan yang boleh tahan dengan sikapnya. Bagi Adam, perempuan yang harus dilayan dengan baik hanya mamanya saja. Egokah aku?
----------------------------
Di pejabat Adam keresahan. Fikirannya tak tenang. Sudah seminggu Kira menghilangkan diri. Puas sudah dia cuba menghubungi Kira. Sepanjang itu juga, hatinya tidak keruan.
"Kenapa dengan aku ni? takkan kerana minah kampung tu aku jadi macam ni?" Rungut Adam.
Adam ke meja setiausaha papanya, Tasha.
"Tasha. Awak tahu tak kemana Kira pergi?" Soal Adam pada Tasha.
"Entah la En. Adam. Dia tak bagitahu saya kemana dia pergi."
"Awak kan kawan baik dia. Takkan dia tak call awak?"
"Tak. Urmmm. Mungkin En. Adam boleh cari dia kat kampung." Tasha kesian melihat keadaan Adam yang sudah tidak menentu.
“Kampung? Ok. Boleh tak kalau awak temankan saya cari Kira.”
“Boleh. Nanti saya minta cuti dengan Dato’. Lagipun dah lama saya tak pergi kampung Kira.”
“Thanks Tasha.”
Adam berlalu pergi dari meja Tasha. Haruskah dia pergi mencari Kira di kampung? Bolehkah Kira menerima kehadirannya nanti? Adam buntu, tapi itulah satu-satunya jalan penyelesaian yang dia ada. Adam pasrah.
---------------------------
"Papa rasa Adam ni dah jatuh cinta."
"Jatuh cinta? Apa pa cakap ni?"
"Yelah. Sejak Kira tak ada ni papa tengok Adam dah macam kucing hilang anak je." Duga papanya.
"Betul tu Adam. Mama pun perasan jugak. Lagipun mama suka kalau Kira tu jadi menantu mama. Baik budaknya."
Dato' dan Datin tidak pernah memandang pangkat dan kekayaan. Adam sangat bangga menjadi anak mereka.
"Tah la ma, pa. Adam pun keliru. Kalau cinta kenapa selama ni Adam tak pernah nak layan Kira dengan baik."
"Adam perlukan masa. Buang rasa ego tu jauh-jauh." nasihat mamanya. Faham benar dengan sikap Adam yang tak pernah berlembut dengan perempuan.
"Tulah. Menyesal pun dah tak berguna kan ma, pa. Adam sendiri yang cari pasal, sekarang Adam la yang kena tanggung."
"Hah, sedar pun. Papa ingat anak papa ni dah tak ada perasaan."
Adam sedar kesilapannya. Dia meminta izin untuk masuk ke kamar. Matanya sudah mengantuk, dia perlukan rehat. Sudah berapa hari tidurnya terganggu disebabkan kehilangan Kira. Dia harus menemui Kira. Hasratnya untuk menjejaki Kira di kampungnya dirahsiakan dari pengetahuan papa dan mamanya. Harapannya hanya satu, agar Kira memaafkan kesalahannya selama ini.
---------------------------
Pagi-pagi lagi Adam memulakan perjalanan menuju ke kampung Kira. Adam ditemani Tasha. Kebetulan Tasha pernah ikut Kira pulang ke kampungnya dulu. Pertama kali dalam hidupnya Adam buat keputusan yang betul. Dia tidak akan buat keputusan yang salah lagi. Akhirnya dia sedar, kehilangan Kira telah membuka pintu hatinya. Perjalanan selama tiga jam benar-benar menguji kesabaran. Mana pernah Adam ke kampung sebelum ni, inilah pertama kali dia menjejak kaki ke kampung. Dalam hati Adam kagum dengan keindahan kampung Serambi, tenang rasa jiwanya. Akhirnya mereka sampai juga di rumah Kira.
“Betul ke ni rumah Kira?”
“Betullah. Yang bawah pokok tu kan Kira. Gud luck bos.” Tasha memberikan sedikit semangat buat Adam.
“Thanks. Tapi macam mana kalau dia masih marahkan saya?”
“Saya kenal Kira. Marah sekejap je tu.” Tasha meyakinkan Adam. Hati Adam sedikit gementar. Adam menguatkan semangatnya untuk berhadapan dengan Kira.
“Assalamualaikum. Kira.” Sapa Adam.
Terperanjat Kira dibuatnya. Apa mamat ni buat kat sini? Mana dia tahu aku kat sini pulak ni? Ni mesti keja Tasha.
“Wa’alaikumusalam.”
“Urmmm, Kira sihat? Sebenarnya saya datang ni ada dua hajat.”
Peliknya. Dulu bukan main kasar. Kalau bercakap tak pernah sopan. Sekarang dah tukar jadi saya awak pulak. Something wrong somewhere. Demam kot mamat nih. Sempat lagi aku mengutuk dalam hati. Astagfirullahalazim.
“Hah? Hajat apa pulak? Bukan ke awak tak sukakan saya? Apa saja yang saya buat semua tak kena di mata awak. Awak nak apa lagi? Kan saya dah letak jawatan.”
“Selagi surat perletakan jawatan tu tak sampai ke meja saya, maknanya awak masih pekerja saya Kira.”
“So, awak datang jauh-jauh ni nak cari gaduh dengan saya lagi ke?” Duga Kira.
“Tak. Saya dah penat la cari gaduh dengan awak Kira. Saya tahu saya salah, sebab tu saya datang nak minta maaf. Tu hajat pertama saya datang ke sini.”
Kira diam. Lama dia berpikir. Betulkah apa yang dia dengar? Atau mimpi di siang hari?
“Kenapa awak diam? Awak marahkan saya lagi?”
“Tak.”
Adam tersenyum. Hatinya lega mendengar Kira sudah memaafkannya.
“Jadi awak dah maafkan saya?”
“Ya. Saya tak pernah berdendam pun dengan awak. Saya pun salah jugak, maafkan saya sebab cakap kasar dengan awak hari tu. Tapi, saya tak faham kenapa awak benci sangat dengan saya?”
“Saya tak benci awak. Itu memang sikap saya dari dulu. Tapi sejak awak hilang saya dah mula sedar. Papa pernah nasihatkan saya. Sampai bila saya nak pentingkan diri dan buat tak peduli pada orang di sekeliling saya. Bila awak tak ada baru saya sedar, saya tak boleh hidup tanpa awak.”
“Apa awak merepek ni? Sejak bila awak jadi jiwang macam ni?”
“Sejak awak lari dari saya.”
“Bila pulak saya lari dari awak? Saya balik kampung, tenangkan fikiran je. Lagipun saya ni kuli awak je kan? Bukan kekasih awak pun.”
“Kira, jangan cakap macam tu. Saya rasa bersalah dengan awak.” Ada sedikit kecewa dihujung bicara Adam. Dia benar-benar menyesal.
Dari jauh kedengaran suara Mak Kiah memanggil mereka masuk.
“Kira, ajaklah kawan kau tu masuk. Buat apa berbual bawah pokok tu.”
“Ye mak. Jemputlah masuk. Mak saya dah bising.” Kira berjalan menuju ke rumahnya diikuti Adam.
“Kira, saya ada hajat kedua yang saya nak sampaikan pada ibu bapa awak.”
“Hajat kedua? Awak jangan buat suspenlah. Saya tak suka. Sampaikan jelah kat saya, kenapa nak sampaikan kat mak abah saya pulak? Cakap jelah apa dia.”
“Saya nak melamar awak jadi permaisuri di hati saya. Izinkan saya mencintai awak Kira. Saya dah tak nak gaduh dengan awak lagi. Penat. Saya nak kita berdamai, kita kawin ye.”
Kira terdiam. Adam yang aku kenal dulu tak sama macam sekarang. Manusia boleh berubah, samada lambat atau cepat, Tuhan yang tentukan.
---------------------------------------------------
Adam bersyukur, perperangan antara mereka telah berakhir. Benarlah kata papanya tak rugi kalau buang sikap ego dalam diri kita. Adam dan Kira sudah disatukan. Syukurlah, mama dan papa menerima Kira sebagai menantu mereka. Adam sudah mula suka tinggal di kampung. Kampung adalah tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan. Kira mula mengenali hati budi Adam. Adam telah banyak berubah menjadi seorang yang penyayang. Kira selalu berdoa semoga kebahagiaan ini akan kekal milik mereka hingga ke akhir hayat.
---------------------------------