Isnin, 23 Mei 2011

Ganjaran Syurga pada yang Sabar....

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Sebagai penghuni di muka bumi ini, kita tidak lari daripada ujian Allah. Untuk menempuhi ujian, kita memerlukan kesabaran. Apabila kita sabar, insyallah segala yang susah akan menjadi mudah, segala yang kusut akan menjadi tenang, segala yang terbeban menjadi ringan. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sangat dikasihi oleh Allah s.w.t.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripada-Ku (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). 

Tabah & sabar menghadapi musibah adalah tanda-tanda kesempurnaan iman. Sebaliknya keluh-kesah & bimbang adalah tanda-tanda iman yang lemah. Betapa indahnya sifat sabar. Betapa besarnya ganjaran yang diberi kepada orang yang sabar.

Amin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan