Khamis, 19 Mei 2011

10 Tanda-tanda Besar Kiamat


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a berkata:

Datang kepada kami Rasullullah s.a.w dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda : "Apa yang kamu perbincangkan?".
Maka kami menjawab : "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat."
Lalu Nabi s.a.w bersabda : "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya." Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

Jika kita mulai sedar, sehingga hari ini banyak tanda-tanda kiamat yang dapat kita lihat. Contohnya, maksiat yang berleluasa, gempa bumi, anak-anak yang durhaka kepada kedua ibu bapa mereka dan sebagainya. Subhanallah, tidak sedarkah kita bahawa Hari kiamat sudah semakin hampir. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T. Amin~


Gambaran Hari Kiamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan