Doa seorang ibu sungguh mustajab. Samada doa utk kebaikan ataupun utk keburukan. Dunia hari ini semakin maju di arus pembangunan yg pesat. Banyak sudah yg kita dengar tentang anak yg durhaka terhadap kedua ibu bapa mereka. Ingatlah wahai sahabat-sahabat yg aku kasihi, sesungguhnya perbuatan menderhaka kepada kedua orang tua kita adalah lebih besar dosanya dari berzina. Subhanallah.
Sesungguhnya, pengorbanan seorang Ibu amat besar. Segala kesakitan yg ditanggung semasa melahirkan kita. Apatah lagi kesakitan dan kesengsaraan selama 9 bulan mengandungkan kita. Tidak terfikirkah kita, betapa sabarnya hati seorang Ibu menjalani semua tanggungjawab dengan segala macam karenah anak-anak yg sedang membesar. Betapa tabahnya seorang ibu mengharungi segala dugaan dan cabaran. Segala penat lelah terasa berbaloi bila melihat anak membesar dengan sempurna di depan mata. Dan akhirnya berjaya ke menara gading.
Sedangkan ayah, membanting tulang dan mengerah keringat mencari rezeki untuk keluarga. Walaupun penat, ayah tidak pernah merungut. Di benaknya hanya ada satu tujuan, membesarkan anak-anak agar mereka tidak hidup melarat. Tidak ada ibu bapa yg ingin melihat anaknya hidup susah. Begitu kasihnya seorang yg bergelar ayah. Tetapi kenapa masih ada anak-anak yg hanya memandang sepi bila ibu bapa mereka dalam kesusahan dan kesakitan? Sedangkan mereka hidup bersenang-lenang.
Hati seorang Ibu dan ayah bukanlah menginginkan anaknya memberi emas atau permata sebagai balasan. Sudah memadai seandainya mereka dihargai dan dikasihi seperti mana kita ditatang bagai minyak yg penuh. Itulah aturan hidup manusia di muka bumi ini. Tidak akan lari dari rasa kasih sayang sesama manusia. Akan tetapi masih ada yg tidak menghargai segala penat lelah mereka selama membesar dan mendidik kita menjadi seorang manusia yg berguna.
Dimanakah letaknya akal fikiran seorang yg berpelajaran tinggi? Adap dan sopan terhadap ibu dan ayah hilang bila harta dan kuasa dipasak ke minda. Jawapannya ada pada kita. Tepuk dada, tanyalah hati.
Ingatlah....Selagi mereka masih hidup, hargailah. Tak akan rugi jika kita menghormati, menyayangi dan menjaga mereka. Bahkan Allah telah menjanjikan syurga buat anak-anak yg soleh dan solehah.
p/s: Nasihat utk diri aku dan kalian juga. Hargailah mereka selagi ada ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan